MAKLUMAT UMUM

Sistem Inovasi SpeEd telah menghasilkan pelbagai inovasi sejak 2017 serta mendapat sokongan dan bantuan kewangan dari kalangan guru pendidikan khas sejak itu. Terima kasih kepada semua yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung. Diharap laman ini akan mendapat sambutan dari semua komuniti pendidikan khas seluruh Malaysia.

Inovasi kali ini diberi nama ATLAS - Jejak Pendidikan Khas. Inovasi yang kedua berjaya dihasilkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemuliharan. Konsep laman ini adalah laman carian yang akan memaparkan lokasi sekolah, pejabat pendidikan, perkhidmatan kerajaan dan swasta, serta mana-mana perkhidmatan yang berkait dengan pendidikan khas di atas peta menggunakan maklumat dan teknologi GIS.

Lokasi yang dipaparkan diharap akan membantu komuniti Pendidikan Khas mendapatkan maklumat tentang kedudukan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Penerangan dan capaian akan dipaparkan pada pin lokasi. Pengunjung yang berminat untuk menambah lokasi perkhidmatan yang berkaitan Pendidikan Khas boleh mendaftar sebagai ahli baharu dengan menekan butang daftar POI.

Dikesempatan ini saya ingin memohon sahabat semua untuk sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada arwaha ibu saya yang telah kembali ke Rahmatullah pada 14 Jun 2020. Semoga pahala dari manfaat laman web ini mengalir kepada ibu yang telah melahirkan saya.

Cikgu Azizi (21 Jun 2020)

Penafian: Lokasi sekolah dan maklumat yang disediakan adalah untuk memudahkan carian perkhidmatan Pendidikan Khas di Malaysia. Guru sekolah dan pengguna berdaftar merupakan individu yang bertanggungjawab memasukkan maklumat lokasi dan data yang dipaparkan. Semua lokasi dan visualisasi data pada peta harus dianggap hampir tepat berdasarkan maklumat dalam pangkalan data Inovasi SpeEd.

Inovasi Pangkalan Data SpeEd (Cikgu Azizi)